Wednesday, 7 March 2012
Thursday, 19 May 2011
ISK ( INI SEJARAH KITA )
Program ISK(Ini Sejarah Kita) untuk belia dan remaja lepasan SPM &STPM
Anjran DAerah Sabak Bernam akan diadakan ahad ini bermula jam 8:30 di Dewan Restoran NZR berhadapan Pustaka An-Nur ,Sg. Besar, Sabak Bernam.Harap maklum
Read more...
Tuesday, 17 May 2011
KEINDAHAN BERSAMAMU ( KBM )
Jumaat-13 Mei 2011 seramai 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan telah dibawa ke SMK Tengku Idris Shah di Kapar, Klang untuk menjadi fasilitator KBM ( Keindahan Bersamamu ) yang dianjurkan oleh IkramTeens Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada Presiden IKRAMTeens Kuala Selangor, En. Faizul kerana menjemput kami untuk menjadi fasilitator.
Objektif utama IKRAM Sabak Bernam menghantar mereka adalah untuk melatih dan melahirkan lebih ramai aktivis untuk Daerah Sabak Bernam.
Konvoi 2 buah kereta ke SMKTIS bertolak pada 6.30 petang dan tiba di sana pada 10.00 malam.
Sesi taaruf dan taklimat untuk semua fasilitator telah dijalankan pada 12.00 malam selepas team dari Kuala Lumpur tiba supaya program berjalan lancar.
Pada keesokan hari, sekali lagi kami diberi taklimat oleh Kak Nina. Apa yang paling penting ialah senyum.
Kehadiran adik-adik kasih dan sayang ke surau SMKTIS telah disambut oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Adik-adik kasih dan sayang nampak begitu ceria sekali dengan senyuman dan tawa yang terpancar di wajah masing-masing. Program pagi itu dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh Abang Long dibantu abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dalam slot ini antaranya 3S. Alhamdulillah, slot ini telah berjaya membuatkan adik-adik kasih dan sayang lebih rapat dengan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.
Aktiviti Army Yell dalam kumpulan pula diadakan selepas minum pagi. Kesemua peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap kumpulan dibantu oleh seorang abang atau kakak fasilitator. 'Kecil-kecil cili api' walaupun kecil, Army Yell mereka cukup kreatif.
Selepas berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat Zuhur berjamaah, program diteruskan lagi dengan slot Inteam. Dapat dilihat adik-adik kasih dan sayang sangat menyayangi sahabat mereka.
Selesai solat Maghrib dan Isyak, program disambung dengan slot Meniti Angin Malam 1 yang dikendalikan oleh Umi. Dalam slot ini para peserta dibawa untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Allah, Rasulullah dan ibu ayah. Selesai sahaja slot MAM 1, para peserta dibenarkan rehat sekitar 15 minit sebelum program diteruskan lagi dengan slot MAM 2 yang dikendalikan oleh semua pengendali dan fasilitator. Slot MAM 2 berakhir kira-kira jam 2.00 pagi.Alhamdulillah fasilitator dari Sabak Bernam tak kurang hebatnya apabila suara Raja digunakan untuk menjadi satu watak dalam sesi itu walaupun pertama kali jadi fasi.
Pada hari Ahad, para penjaga turut hadir dalam program ini.Di penghujung program, adik-adik peserta dan ibu ayah diberi peluang untuk apa yang mereka lalui sepanjang program KBM. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman di antara satu sama lain.
Sebelum berpisah semua fasilitator singgah di Restoran Chan Abdullah untuk makan tengahari.
Sebelum berpisah semua fasilitator singgah di Restoran Chan Abdullah untuk makan tengahari.
Renungan..
"Rasulullah mengamanahkan Saad Ib.Waqas membawa ISLAM ke China. Jauhnya 2000km dari Arab mrentas gunung menaiki unta. Begitu besar pengorbanan sahabat-sahabat nabi. Dari China Islam tersebar ke India, dan pedagang-pedagang membawa Islam ke Melaka melalui Parameswara. Akhirnya kita mendapat ISLAM. Tetapi, apabila kita telah memilikinya, apakah kita hanya berehat-rehat saja? Ketika musuh-musuh Islam menghentam kita dari setiap sudut, apakah kita hanya mampu berehat-rehat saja? Kita harus berjuang mempertahankan agama ini. Kalau nak jadi doktor jadilah doktor yang juga seorang pejuang. Kalau jadi ibu atau ayah jadilah ibu ayah yang juga seorang pejuang. Kalau menjadi seorang guru pastikan menjadi guru yang juga adalah pejuang... Membawa Islam ke mana sahaja. Kita tak boleh duduk rehat. Itulah bukti pengorbanan dan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w... Menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Hidup adalah perjuangan... hingga ke nafas yg terakhir!! Andai kita PENAT melakukanKEBAIKAN, akan hilanglah PENAT itu, dan akan TETAP KEKAL PAHALA dari hal itu. Dan andai kita SERONOK melakukan MAKSIAT, akan hilanglah ke-SERONOK-an itu, dan akan TETAP KEKAL DOSA dari hal itu .."
Read more...
Labels:
KBM
Tuesday, 3 May 2011
Makan malam amal palestin
SHAH ALAM – Aqsa Syarif Shah Alam dan Aqsa Syarif Klang telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Amal Palestin pada Jumaat 29 April 2011 di Dewan Sri Bestari, INTEKMA Resort. Program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan kepada rakyat Palestin yang tertindas. Penganalisis politik Timur Tengah, Dr Azzam Tamimi telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Palestine Liberation and Middle East Crisis”.
Seramai 350 orang penyumbang hadir ke majlis ini sebagai menghargai sumbangan mereka dengan membeli meja makan malam tersebut. Semasa makan malam, penyumbang yang hadir dipersembahkan dengan alunan merdu oleh penyanyi Muadz dan paluan unik beberapa instrumen oleh pemuzik Hafiz, dengan lagu-lagu seperti Kasih Sejarak Dua Jari, Belaian Jiwa, Sunnah Berjuang dan Islami Ya Quds.
Dalam ucaptama Dr Azzam, yang juga Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London, menyatakan bahawa kejatuhan rejim Hosni Mubarak adalah berita yang paling gembira. Dengan semangat jihad rakyat Mesir menentang kezaliman, akhirnya rejim itu tumbang. Rejim Hosni Mubarak banyak menyumbang kepada meningkatnya penindasan Zionis terhadap rakyat Palestin, antaranya pembinaan tembok “penjara” di sempadan Mesir dan juga penutupan pintu sempadan Palestin – Mesir di Rafah.

Menurutnya, revolusi kejatuhan pemimpin-pemimpin zalim di Timur Tengah adalah natijah daripada kezaliman mereka terhadap rakyat. Revolusi rakyat akan berterusan di seluruh dunia Arab. Pemimpin-pemimpin rejim di dunia Arab tidak boleh menganggap mereka ada imuniti dan kebal daripada kejatuhan dengan menyerang dan menakutkan rakyat.
Allah s.w.t. boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan sekelip mata. Beliau mengaitkan peristiwa Firaun dan tenteranya yang mengejar Nabi Musa a.s. serta pengikutnya. Hanya dengan tongkat yang membelah lautan, dengan izin Allah, Musa a.s. dan pengikutnya terselamat dan pemerintah zalim Firaun dan tenteranya tenggelam dan mati lemas.
Beliau juga menafikan bahawa revolusi di Timur Tengah adalah konspirasi Amerika Syarikat dan Zionis. Revolusi di sana adalah revolusi yang tulen daripada rakyat, hasil penindasan yang sekian lama ke atas mereka. Pihak Barat tidak menjangka revolusi ini akan berlaku dan berfikir bagaimana untuk berurusan dengan revolusi yang telah terjadi.
Hasil pembelian meja makan malam itu, dianggarkan sumbangan lebih RM30,000 berjaya dikutip untuk membantu rakyat Palestin. Sebelum mengakhiri majlis, Muadz mendendangkan lagu Stand Up dengan penuh bertenaga.
Read more...
Labels:
Aqsa syarif
Subscribe to:
Posts (Atom)





