Tuesday 31 July 2012

IFTAR JAMAI'E&KHATIBAH (JULAI)



JUMAAT, 27 Julai- Pertubuhan IKRAM Malaysia Cawangan Sabak Bernam telah mengadakan majlis berbuka puasa; atau 'Iftar Jamai'e' secara besar-besaran di rumah Ustaz Ahmadi. Majlis ini diadakan bagi meraikan bulan Ramadan sebagai satu bulan rahmat bagi umat Islam disamping merapatkan silaturrahim dan ukhuwwah sesama ikhwah dan akhowat.

Majlis ini dihadiri oleh hampir 60 orang yang datang dari seluruh daerah Sabak Bernam. Bermula dengan tahlil ringkas diketuai oleh Ustaz Ahmadi sendiri, kemudian sedikit makanan berbuka yang ringkas dihidangkan untuk berbuka sebelum solat Maghrib berjemaah bersama. Setelah solat, barulah ahli bermuayasyah bersama sambil menjamah selera dengan makanan berat. Majlis diakhiri dengan solat isya' dan terawikh.








No comments:

Post a Comment