Tuesday 3 May 2011

Makan malam amal palestin





mmap1

 SHAH ALAM – Aqsa Syarif Shah Alam dan Aqsa Syarif Klang telah berjaya mengadakan Majlis Makan Malam Amal Palestin pada Jumaat 29 April 2011 di Dewan Sri Bestari, INTEKMA Resort. Program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan kepada rakyat Palestin yang tertindas. Penganalisis politik Timur Tengah, Dr Azzam Tamimi telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama yang  bertajuk “Palestine Liberation and Middle East Crisis”.
Seramai 350 orang penyumbang hadir ke majlis ini sebagai menghargai sumbangan mereka dengan membeli meja makan malam tersebut. Semasa makan malam, penyumbang yang hadir dipersembahkan dengan alunan merdu oleh penyanyi Muadz dan paluan unik beberapa instrumen oleh pemuzik Hafiz, dengan lagu-lagu seperti Kasih Sejarak Dua Jari, Belaian Jiwa, Sunnah Berjuang dan Islami Ya Quds.
Dalam ucaptama Dr Azzam, yang juga Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam di London, menyatakan bahawa kejatuhan rejim Hosni Mubarak adalah berita yang paling gembira. Dengan semangat jihad rakyat Mesir menentang kezaliman, akhirnya rejim itu tumbang. Rejim Hosni Mubarak banyak menyumbang kepada meningkatnya penindasan Zionis terhadap rakyat Palestin, antaranya pembinaan tembok “penjara” di sempadan Mesir dan juga penutupan pintu sempadan Palestin – Mesir di Rafah.
mmap2
Menurutnya, revolusi kejatuhan pemimpin-pemimpin zalim di Timur Tengah adalah natijah daripada kezaliman mereka terhadap rakyat. Revolusi rakyat akan berterusan di seluruh dunia Arab. Pemimpin-pemimpin rejim di dunia Arab tidak boleh menganggap mereka ada imuniti dan kebal daripada kejatuhan dengan menyerang dan menakutkan rakyat.
Allah s.w.t. boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan sekelip mata. Beliau mengaitkan peristiwa Firaun dan tenteranya yang mengejar Nabi Musa a.s. serta pengikutnya. Hanya dengan tongkat yang membelah lautan, dengan izin Allah, Musa a.s. dan pengikutnya terselamat dan pemerintah zalim Firaun dan tenteranya tenggelam dan mati lemas.
Beliau juga menafikan bahawa revolusi di Timur Tengah adalah konspirasi Amerika Syarikat dan Zionis. Revolusi di sana adalah revolusi yang tulen daripada rakyat, hasil penindasan yang sekian lama ke atas mereka. Pihak Barat tidak menjangka revolusi ini akan berlaku dan berfikir bagaimana untuk berurusan dengan revolusi yang telah terjadi.
Hasil pembelian meja makan malam itu, dianggarkan sumbangan lebih RM30,000 berjaya dikutip untuk membantu rakyat Palestin. Sebelum mengakhiri majlis, Muadz mendendangkan lagu Stand Up dengan penuh bertenaga.

1 comment:

  1. Resolusi Mesyuarat Sukarelawan Sekretariat Aqsa Syarif Sabak Bernam.
    1. Kaunter Dana Bazzar Ramadhan
    a. Permohonan membuka kaunter Penerangan dan Dana Aqsa Syarif di semua Bazzar daerah Sabak bernam.
    b. Kaunter penerangan dan Jualan Kurma akan dilaksanakan di Bazzar sg. Besar dan Sabak Bernam, setiap satu bazar 1 kaunter.
    c. Surat Permohonan disertakan prospectus Aqsa Syarif
    d. Setiap kaunter mengandungi;
    i. 4 orang sukarelawan
    ii. 1 ‘display panel’
    iii. Tabung derma: 1 tabung besar dan 3 tabung kecil
    iv. Resit penerimaan: zakat, KMP, AYP
    v. 1 Meja
    vi. 2 bunting dan fliers
    vii. Jualan kurma. Sebanyak 100 kotak akan di pohon dari KOFALAH.
    1. 100 bxs x 12 pax x RM 12 = RM 14,400
    2. Anggaran untung kasar = RM 3,533.00

    2. Pelancaran program dengan tajuk: Di Ambang Ramadhan adalah sesi penerangan yang komprehensif terhadap modus operandi sepanjang bulan Ramadhan. Keperluan berikut akan dipenuhi;
    a. Senarai tugasan, senarai Ahli IKRAM dan tarikh yang boleh setiap mereka berikan komitmen bersama belia/ sukarelawan Aqsa Syarif di bazzar.
    b. Jualan kurma kepada keluarga IKRAM.
    i. Tarikh: 15 hb. Julai 2012 (Ahad)
    ii. Masa: 3 ptg
    iii. Tempat: Taman Pengawa
    3. Sukarelawan sepenuh masa sepanjang Ramadhan
    a. Penginapan di Taman Pengawa
    b. Makan minum sendiri (buka di Masjid, sahur beli sendiri)
    c. Elaun RM 20.00/hari
    d. Tugasan;
    i. Pagi: Membantu kerja-kerja AJK IKRAM jika ada
    ii. Petang: Menjaga kaunter Dana dan jualan kurma
    iii. Lain2: Menghadiri semua aktiviti IKRAM dan membantu sekretariatmya.
    e. Pakaian: Vest Aqsa Syarif, IKRAM dan JIM hendaklah dipakai saban masa ketika dalam tugasan.
    f. Iklan akan dibuat di IKRAM Teen Fan dan Sukarelawan Aqsa Syarif
    4. Poster dan Bunting
    a. Kos Printing dan ‘stand’ 4 X RM 160 = RM 640.00 akan dipohon kepada YDP IKRAM.
    b. Resit sementara 4 pax x RM 3 = RM RM 12.00
    5. Program di Masjid Kg. baru
    a. Aqsa Syarif SB bersetuju melaksanakan program bagi masjid ini dengan perbincangan lanjut akan di laksanakan bersama pihak Masjid (wakil: Cikgu Fuad Topang). Model program di Masjid Nurul Falah Sg. Leman akan di rujuk.
    6. Ceramah Palestin;
    a. Penceramah: cikgu Bat Kamaruzzaman bin Abdul kadir
    b. Tempat: SAM Hj. Dorani
    c. Masa: 7.30 pagi
    7. Pamerah dan Jualan Palestin: 30 Julai – 4 Ogos 2012
    a. Tempat: SAM Hj. Dorani
    b. Masa: 7.30 pagi – 1.30 ptg (Isnin hingga Jumaat)
    c. Nota: Sukarelawan akan ditempatkan disini pada sebelah pagi dan bergerak ke Bazar pada sebelah petang.

    ReplyDelete