Pada 3 Mac 2013 ( Ahad ) lalu,
kami 5 orang akhawat dari IKRAM SABAK BERNAM telah menziarahi ibu dan keluarga arwah Sarjan Sabarudin
di rumah ibunya Pn Som, di Kg Sg Lias, Sungai Besar. Meskipun suasana sedih
masih menyelubungi keluarga tersebut, tetapi kami disambut mesra oleh ibu, saudara
kembar arwah dan saudara susuannya bersama-sama ahli keluarganya yang lain.
Kami dimaklumkan isteri dan anak-anak arwah baru sahaja ke tanah perkuburan. Maka
kami tidak dapat bertemu dengan isteri dan anak-anak arwah.
Menceritakan tentang arwah, arwah
tinggal di Ulu Kinta, Perak bersama keluarganya dan pemergiannya ke Lahad Datu pun
tidak diketahui oleh ibunya memandangkan ianya adalah tugas rasmi dan rahsia
yang melibatkan sesuatu operasi. Memang berminat dengan pasukan bersenjata
sejak dari kecil lagi, beliau merupakan anak yang baik dan disenangi oleh
keluarga. Mengenangkan pemergian anaknya itu, sambil tergenang airmata ibunya menyatakan
betapa pilu hatinya. Namun jauh di sudut hatinya beliau redha dengan ketentuan
Ilahi bahawa setiap yang hidup pasti akan kembali pada Penciptanya.
No comments:
Post a Comment